Monday, February 23, 2009

CALON PARLIMEN BKT GANTANG

Wujudnya blog saya ini adalah di sebabkan keharu biruan politik di perak terutamanya di bkt gantang..... kerana saya pengundi bkt gantang.

Apabila ds najib mengumumkan calon orang tempatan sudah pastilah pengumuman tersebut yang amat dinantikan, bagai memulih semangat yang kian luntur. Rata rata masyarakat setempat amat bersyukur dan berterimakasih diatas pengumuman tersebut.

Siapa dan bagaimanakah pemilihan calon yang sesuai masih menjadi teka teki...???

Sudah pastilah pengundi bkt gantang mengharapkan seorang yang berwibawa, mesra rakyat, berjiwa rakyat...... adalah lebih sopan dan menghormati kalau di pilih mengikut herarki bahagian kerana di situ telah menunjukkan kekuatan dan semangat yang utuh di peringkat bahagian bkt gantang. Walaupun ds najib menyatakan calon yang di pilih tidak semestinya yang ada kedudukan dalam bahagian....???

dato rosli hussin, saudara kamarulail hj sulaiman, saudara kamarudin abu bakar adalah calon calon yang sesuai dan dekat di hati rakyat, mereka inilah yang seharusnya di utamakan. sekiranya ada calon yang di luar lingkaran hirarki atau telah lama hilang dari kancah politik bkt gantang menjadi calon pastinya sedikit menjadi persoalan.... menyukarkan....???

No comments:

Post a Comment