Keputusan yang bijak lagi bijak sana. Tidak ada yang berasa kecewa atau terpinggir dalam memartabat dan memperkukuhkan kepimpinan UMNO khususnya di BKT GANTANG.
Tahniah saudara Ismail Safian kerana telah diberi kepercayaan oleh pihak atasan, buat saudara Kamarulail usah rasa kecewa dan kecil hati terimalah keputusan ini dengan tenang anggaplah belum masanya untuk saudara pergi lebih jauh.
Saya melihat pengagihan tugas dan tanggungjawab ini adalah samarata. Seorang di parlimen dan seorang lagi di bahagian... cukup cantik.
Rata rata masyarakat setempat hanya memikirkan kemenangan, tambahan pula apabila telah diumumkan calon tersebut adalah orang tempatan ianya lebih menyemarakkan semangat untuk bekerja lebih kuat.
Ayuh kita berganding bahu untuk memastikan kemenangan calon Barisan Nasional.
"DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA"
No comments:
Post a Comment