Episod demi episod di Perak amat menyedihkan dan semakin meresahkan. Dimanakah letaknya rasa hormat pada Raja,Sultan ,undang undang tubuh negeri...? apakah kekuasaan itu melampaui batasan kehidupan manusia. Sudah tidak bergunakah RUKUN NEGARA yang kita amalkan di negara tercinta ini.
Persidangan dibawah pokok tempohari adalah dengan jelas berniat jahat dan ingin memalukan kemuliaan dewan, dan seterusnya mencabar perintah Sultan.
Gila kuasa, hilang pedoman, hilang kewarasan fikiran dan pastinya selepas ini akan ada lagi episod demi episod yang akan di reka cipta untuk menjatuhkan dan memberi tekanan kepada pentadbiran negeri Perak. Sudah jelas wakil rakyat pakatan pambangkang sekarang ini sudah hilang fokus yang mana tugas hakiki di abaikan apa yang mereka fikirkan bagaimana nak mengharubirukan pentadbiran kerajaan sekarang.
Termenung seketika memikirkan apakah kesudahan kemelut duka yang melanda tanah tumpah darahku ini. Sampai sekarang masih ternanti nanti apakah hukuman yang akan dijatuhkan kepada orang orang yang derhaka. Tanpa hukuman apalah erti derhaka dan ternyata sikap biadap dan derhaka akan berulang ulang dan terus berulang.
Adakah DERHAKA sudah tiada makna...?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment