Thursday, March 12, 2009

KEHANGATAN MAKIN TERASA

Saat penamaan calon semakin hampir begitu juga pemilihan di Kuala Lumpur. Apa pun keadan para pemimpin haruslah bijak menangani situasi semasa supaya tidak berlaku "yang dikendong tercicir... yang diligan tak dapat".

Di Bkt Gantang pada pandangan saya dan rakan rakan amatlah penting kerana ada perbezaan situasi jika dibandingkan dengan Bkt Selambau dan Batang Ai. Kekalutan politik di Perak adalah satu sebab yang kuat untuk diperkatakan di samping kedaulatan institusi raja yang di perkotak katikkan pembangkang. Para pemimpin di peringkat bahagian janganlah lalai walau seketika kerana disaat ini jentera pihak pembangkang telah pun memenuhi di setiap penjuru.

Pastikan bilik gerakan sentiasa berfungsi dan ketua ketua cawangan hendaklah sentiasa berhubung agar maklumat semasa akan sampai dengan cepat dan tepat.

Kehangatan dan kelainan pada pilihanraya kali ini memang ketara kerana ada perbezaan khususnya sikap dan tingkah laku pembangkang di cawangan saya yang mana pada pengamatan saya sudah bertindak diluar demokrasi yang sebenar tidak dapat menerima kenyataan dan tidak berani berhadapan dengan situasi sebenar. Apabila Bendera Barisan Nasional dan UMNO telah diturunkan dari tempat tempat yang diletakkan oleh pemuda pemuda cawangan ianya telah pun menimbulkan kemarahan yang amat sangat seolah olah mencabar..... mujurlah pemuda pemuda UMNO di cawangan kg saya ini masih bijak mengawal emosi tidak cepat melatah malah telah menaikkan semangat pemuda pemuda untuk berkempen dan bekerja dengan lebih kuat lagi.

Untuk bapa angkat... abang angkat... kakak angkat segeralah turun padang... sampaikanlah maklumat... pulihkan semangat.

"KEHANGATAN MAKIN TERASA"

No comments:

Post a Comment